Folowers

Sabtu, 16 Julai 2011

40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak

 bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak
 buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia
tidak boleh bimbing saya soal agama.

 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri
 selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang
 hantaran dan mas kahwin.. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli
 rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas
 di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias
 cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju
 perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah
 dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas
 pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa
 anaknya..

 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit
 saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur
 semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

 5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,
 belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar
 lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

 6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama
 juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.


 7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
 memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami
 mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

 9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak
 dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya
 tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
 penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

 11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.
 Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama
 jenis. 

 12.. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga
 apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

 13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar
 dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya
 kerana menuruti kehendak emaknya.

 14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik
 sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si
 anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.
 Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

 16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa
 dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa
 mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

 17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa
 untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3
 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

 18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x
 seminggu dan rumah tidak boleh bersepah.. walaupun saya sedang sarat
 mengandung. 

 19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk
 belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju
 sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami
 jemput,
 kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

 20.. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
 anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
 kereta kesayangannya.

 21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
 suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
 berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
 Terpaksalah saya menyara anak2.

 22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata
 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan
 saja
 gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

 23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka
 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg
 mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

 24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari
 bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi
 'bersangkak'.


 25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji
 nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
 digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami
 dibaling tahi.


 26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri
 lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka
 kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak
 menganggu hidupnya.

 27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
 setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya,
 dia
 kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

 28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang
 dah ada tanda2 HIV.


 29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
 saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling
 barang2
 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

 30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
 Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2
 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya
 sara
 anak sementara dia di dalam penjara.


 31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
 Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
 perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
 negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

 32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang
 kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja
 kilang nak sara anak2.

 33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan
 kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati
 saya selama ini?

 34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
 pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang,
 upah
 sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"..
 siang
 dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

 35.. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab..
 Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
 kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan
 cinta" perempuan lain di badannya.

 36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
 besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai.. Tetapi
 selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
 Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati
 seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang
 saya dan pihak hospital.

 37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,
 suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam
 orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah
 sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

 38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam
 kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun
 beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
 Dia sendiri pun tak pernah buat.

 39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
 mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,
 dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak
 percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara
 keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan
 silap haribulan berendam airmata...
 40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.
 Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
 amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks
 hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik
 benar
 kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan